BKM 2022: Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Keluarga

Permohonan BKM, Kemaskini Borang, Jumlah & Syarat Kelayakan. Bagi memastikan Agenda Pemulihan Negara terus dilaksanakan, kerajaan akan tetap memberikan bantuan kewangan kepada golongan B40, M40 dan juga bujang. Pada pembentangan bajet 2022, Tengku Dato’ Sri Zafrul telah mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia menggantikan BPR bagi tahun 2022.

Dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM8.2 bilion, seramai 9.6 juta rakyat di seluruh negara akan menerima manfaat bantuan kewangan ini. Setiap individu yang berkelayakan dapat memanfaatkan inisiatif ini untuk memperbaiki atau menambah baik kehidupan masing-masing dalam mendepani norma baharu setelah pandemik COVID-19 melanda negara khususnya dan dunia secara amnya.

Apa Itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) : Bantuan Tunai RM2,000 Untuk B40

Inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik pada tahun 2022. Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.

Pembaharuan ini telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat. Oleh itu, untuk tahun 2022, Bantuan akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak 2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah BPR sebelum ini.

Selanjutnya, maklum balas lain yang diterima turut menyentuh soal cabaran yang perlu ditanggung oleh ibu tunggal dalam menyara anak-anaknya; selain warga emas B40 yang kekurangan simpanan persaraan dan tiada sumber pendapatan tetap. Sebagai pembaharuan untuk tahun hadapan, Kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak 500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga 5,000 ringgit. Selain itu, bantuan tambahan sebanyak 300 ringgit lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat bantuan maksimum sebanyak 2,500 ringgit.

Secara keseluruhan, Bantuan ini akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan 8.2 bilion ringgit iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan 7 bilion ringgit di bawah BPR.

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Bantuan baharu ini untuk rujukan semua. Perincian maklumat adalah berdasarkan intipati Bajet 2022 dan dokumen yang dikongsikan oleh Kementerian Kewangan di Laman Web Rasmi MOF

Ikuti pembentangan Bajet 2022 pada pautan berikut:


Cara Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia

Berdasarkan soalan lazim BKM yang diterbitkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), checking silang maklumat penerima Bantuan Prihatin Rakyat dan yang berkaitan akan dilakukan untuk menapis penerima yang layak. Sekiranya anda merupakan penrima BPR atau BKC, tidak perlu membuat permohonan baharu tetapi kemaskini maklumat jika terdapat sebarang perubahan kategori. Oleh itu, LHDNM akan membuka satu tempoh mengemaskini maklumat bermula :

Permohonan baharu juga akan dibuka pada tempoh yang sama bagi individu yang berkelayakan. Tarikh buka dan tutup permohonan serta kemaskini maklumat adalah tertakluk kepada sebarang pindaan.

Langkah-langkah untuk membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat permohonan BKM adalah seperti berikut:

  1. Klik Portal Rasmi BKM
  2. Untuk membuat permohonan baharu, sila klik ikon Permohonan Baharu
  3. Manakala untuk kemaskini maklumat permohonan, klik Log Masuk BKM
  4. Login menggunakan ID Pengguna (No. MyKad) serta kata laluan yang telah didaftarkan di MyBPR
  5. Jika login anda berjaya, klik pada Kemaskini Permohonan di paparan menu
  6. Masukkan No. MyKad, dan klik Semak.
  7. Kemaskini atau lengkapkan semua maklumat pemohon yang bertanda (*)-mandatori
  8. Klik Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
  9. Isi Kod Captcha yang dipaparkan dan klik Sahkan Captcha
  10. Satu paparan Perakuan Pemohon dipaparkan dan tandakan pada kotak berkenaan
  11. Klik Hantar bagi meneruskan permohon
  12. Sekiranya permohonan atau kemaskini berjaya, satu paparan pengesahan akan dipaparkan dan anda boleh mencetak salinan permohonan dengan menekan butang Cetak

Cara Mohon Dan Kemaskini Maklumat BKM Melalui Borang

Untuk permohonan atau kemaskini menggunakan borang, anda boleh dapatkan borang secara percuma di cawangan LHDNM, Pusat Satelit (PS), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau sila muat turun borang di Portal Rasmi BKM atau melalui pautan berikut:

  1. Borang Permohonan – BK01
  2. Borang Kemaskini Maklumat – BK02
  3. Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok – BK03
  4. Borang Serahan Dokumen Sokongan – BK04
  5. Borang Pembatalan Permohonan – BK05

Borang-borang yang lengkap diisi boleh dihantar beserta dokumen sokongan di kaunter-kaunter berikut:

  1. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  2. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  4. Pejabat Daerah / Pejabat Residen

Penghantaran secara faks dan emel adalah tidak diterima. Penghantaran secara Pos boleh dihantar ke alamat:

  • Peti Surat BKM
    GPO Shah Alam
    40800 Selango

Senarai Dokumen Sokongan 

Pemohon:     

  1. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  2. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  3. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  4. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  5. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pasangan:      

  1. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  2. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

Anak:

  1. Anak Kandung
  2. Salinan MyKad / MyKid; dan
  3. Salinan Sijil Lahir
  4. Anak Angkat
  5. Salinan MyKad / MyKid; dan

Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian


Jumlah Bantuan & Kategori Syarat Kelayakan

Sebelum membuat permohonan atau mengemaskini maklumat anda, rujuk dahulu syarat-syarat terkini untuk layak menerima BKM seperti berikut:

Isi Rumah

  1. Berkahwin; atau
  2. Merupakan ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

  1. Bujang atau ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas; dan      
  3. Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah

Individu Bujang

  1. Bujang atau ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Berumur antara 21 hingga 59 tahun
  3. Berpendapatan RM2,500 ke bawah

Seperti yang dimaklumkan oleh Tengku Dato’ Sri Zafrul melalui laman Facebooknya, berikut adalah jumlah Bantuan Keluarga Malaysia mengikut kategori-kategorinya:

Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500 sebulan

  1. Pasangan isi rumah yang tiada anak : RM400
  2. 1 atau 2 anak :  RM1600
  3. 3 anak atau lebih : RM800

Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan Berpendapatan Kurang RM5,000 sebulan

  1. RM600

Individu Bujang Berpendapatan Kurang RM2,500 sebulan

  1. RM350                 

Berikut adalah infografik yang dikongsikan oleh Menteri Kewangan untuk rujukan:

BANTUAN TAMBAHAN: 

Bagi isi rumah ibu atau bapa tunggal akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 manakala warga emas yang masih mempunyai tanggungan akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM300

Contoh: Ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat bantuan maksimum sebanyak RM2,500

Anda juga boleh merujuk infografik yang disediakan oleh LHDNM berkenaan bantuan tambahan ini :

X CLOSE
Advertisements
ADVERTISEMENT
X CLOSE

Leave a comment